• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Inisiatif M’sia Memperkasakan Wanita Di PBB

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Datin Seri Rosmah Mansor berkata pemerkasaan wanita perlu diiringi dengan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan perkhidmatan kesihatan sepanjang kitaran kehidupan mereka.

Isteri perdana menteri itu berkata perlu ada komitmen kepada kesamaan gender di dalam semua aspek politik, ekonomi dan kehidupan sosio-budaya supaya kaum wanita mempunyai akses kepada peluang dan hasil yang sama.

Kerajaan Malaysia telah memberi lebih penekanan kepada pembangunan wanita melalui akses kepada pendidikan berkualiti, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik termasuk perkhidmatan kesihatan kesuburan.

Lebih peluang untuk penglibatan ekonomi dan kemajuan untuk wanita adalah antara tumpuan kerajaan, beliau memberitahu satu persidangan wanita pertama untuk tindakan global mengenai kesihatan kewangan wanita dan kanak-kanak perempuan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Persidangan itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Rosmah berkata kerajaan Malaysia telah banyak melabur dalam pembinaan sekolah, institusi pendidikan dan pusat kesihatan awam di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar.

Beliau juga menekankan bahawa lebih 95 peratus daripada penduduk luar bandar menikmati kemudahan perubatan di Malaysia.

“Satu jaringan pusat kesihatan awam menghubungkan hospital daerah dan wilayah memberikan akses kepada kesihatan ibu dan kanak-kanak selain daripada jagaan tertier khusus hampir tanpa kos,” katanya.

Beliau berkata kemudahan penjagaan kesihatan telah meningkatkan lagi taraf kehidupan kaum wanita di pedalaman.

Kesemua lapan sasaran ditetapkan Sasaran Pembangunan Milenium 2010 telah dicapai oleh Malaysia termasuk pendidikan rendah sejagat, pengurangan kadar kematian kanak-kanak, kesamaan gender dan kesihatan kesuburan.

“Wanita dan kanak-kanak perempuan telah mendapat manfaat daripada kemajuan negara selama lebih tiga dekad lepas,” kata Rosmah.

Dalam menarik perhatian terhadap strategi kerajaan untuk pemerkasaan ekonomi wanita, beliau menggariskan lima polisi dan strategi yang diambil kerajaan:

• Menyediakan pekerjaan yang menjana pendapatan untuk mereka termasuk menarik pelaburan syarikat pembuatan di kawasan luar bandar.

• Memastikan penduduk luar bandar termasuk wanita memiliki tanah, sebagai contoh membuka skim tanah dan menempatkan semula penduduk miskin luar bandar untuk memajukan ladang getah dan kelapa sawit.

• Memberikan pendidikan dan latihan untuk wanita mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi selain menggalakkan keusahawanan.

• Memberikan akses kepada modal terutamanya kemudahan kredit mikro.

• Menyediakan kemudahan yang akan menghubungkan pembangunan luar bandar kepada kemajuan di bandar.- BERNAMA

Tags: PBBRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd