• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Razak Terbuka Terima Kritikan Selagi Beri Kebaikan

oleh Ahmad Albab
08/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMIKUL tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bukanlah semudah yang disangka, namun Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendahulukan rakyat dan pembangunan negara dalam setiap agendanya.

Justeru, beliau terbuka mengalu-alukan kritikan terhadap kepimpinannya, malah positif terhadap setiap pandangan yang diutarakan mana-mana pihak.

Hormat Tun M, Najib Takkan Serang Peribadi Mantan PM Itu

Walau bagaimanapun, ujarnya lanjut, kritikan tersebut haruslah rasional, membina dan mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Memetik kenyataan beliau melalui blog mykmu.net, beliau berkata, “Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti … bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara.”

Ahli Parlimen itu turut berkata, setiap keputusan yang diambil kerajaan bukanlah diputuskan secara semberono, namun telah melalui penilaian secara keseluruhan termasuk manfaat dan faedah yang akan dinikmati masyarakat negara ini.

Kenyataan itu dibuat Najib ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam di kediaman rasmi PM di Putrajaya, semalam.

Wisuda

Dalam pada itu, beliau turut berkata, pihak kerajaan kini sedia memberikan kuasa kepada pihak universiti untuk membuat keputusan sendiri bagi usaha memantapkan institusi tinggi itu.

“Inilah hasrat kerajaan dan pada masa sama saya berharap untuk terus mewujudkan hubungan yang baik dengan para mahasiswa.”

Selain itu, beliau turut memberi ingatan kepada mahasiswa untuk tidak mengambil fakta yang dipaparkan media seratus-peratus kerana ada media yang memaparkan separuh sahaja, manakala segelintir penulis pula memasukkan padangan peribadi mereka dalam penulisan.

“Harap adik-adik pelajar semua yakinlah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jangan percaya atau telan bulat-bulat apa yang dibaca di media sosial, walaupun popular tidak semestinya ketepatan berita itu terjamin.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PM Bersiar-Siar Membeli Kuih Di Bazar Ramadan Setiawan

Tags: kritikanmahasiswaNajib Tun RazakPerdana MenteriPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd