• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PATRIOT 1 Nombor Plat Termahal Di Malaysia, RM1.3 Juta

oleh AK-47
01/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI anda yang berkemampuan dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, bolehlah membida set nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat khas baharu iaitu PATRIOT.

Set nombor plat ini dikhabarkan adalah set nombor pendaftaran termahal di Malaysia setakat ini.

PATRIOT boleh dibida pada harga bermula RM1 juta dan lima nombor pertamanya memerlukan deposit sebanyak 20 peratus.

Bidaan dikatakan telah pun bermula 1 Jun lalu dan keputusannya hanya akan diketahui pada 30 Jun ini.

patriot 6

Siri nombor plat eksklusif ini ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) sebagai sebahagian daripada usaha penjanaan dana untuk menggalakkan kesederhanaan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun bersetuju nombor pendaftaran istimewa ini diberikan khusus kepada yayasan berkenaan.

Pengarah projek khas YPN Mass Ayu Mass Akbar berkata, JPJ memberikan kebenaran kepada organisasi itu untuk melelong nombor Patriot 1 sehingga Patriot 9999.

patriot3

“Satu surat kuasa akan diberi kepada pembeli yang perlu membawanya ke JPJ Wangsa Maju untuk pendaftaran dan bagi yang tidak berjaya membida, wang deposit akan dipulangkan,” katanya dalam satu laporan The Star.

Harga bidaan paling minimum untuk kategori perdana iaitu PATRIOT 1 hingga 10 ditawarkan pada harga RM380,000 hingga RM1 juta.

Setakat ini sambutan amat memberangsangkan dan beberapa individu terkemuka telah pun bersaing untuk plat satu digit itu.

Bidaan tertinggi setakat ini ialah nombor plat PATRIOT 1 yang telah mencecah harga RM1,308,000.

Ini sekaligus mencatat  sejarah baharu dalam penjualan nombor plat kenderaan termahal di Malaysia, iaitu melepasi RM 1 juta.

Sebelum ini, nombor plat termahal ialah WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail pada harga RM520,000 pada 2012.

Nombor PATRIOT 1 dilaporkan mendapat bidaan tertinggi dari pembida tidak ingin dikenali di selatan tanah air.

Bidaan bagi nombor ini bagaimanapun masih terbuka kerana tarikh tutup bidaan adalah 22 Julai 2015. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=yXpOueuhZx8

Tags: JPJkeretamahal
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd