• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan PAS Masih Islam Tapi Undur Ke Belakang

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS tamat Muktamar Tahunan PAS ke-61 dengan keputusan lebih memihak kepada golongan ulamak untuk menerajui parti, golongan profesional yang turut bersama-sama dalam perjuangan tersebut semakin menjauhkan diri.

Adakah ini simptom biasa setiap kali selepas muktamar, ataupun kerana kemenangan yang diraih pihak agamawan sekaligus menepis terus kedudukan profesional dalam jawatan-jawatan tertinggi parti?

Dalam satu temu bual bersama portal Malaysiakini, anak mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, iaitu Muhammad Faiz berkata, strategi perjuangan PAS kini dilihat mengundur ke belakang walaupun asas kepimpinan parti itu masih memperjuangkan Islam.

Pemimpin PAS Malukan Islam Di Mata Ramai – Dr Hatta

“Dasar perjuangan itu saya percaya masih Islam, cuma strategi perjuangan itu telah diundur ke belakang, di mana pada era 70-an, 80-an, PAS ini dicop sebagai parti pak lebai, parti ustaz, parti kekampungan.”

Ujarnya lanjut, menginjak ke tahun-tahun berikutnya, PAS semakin melebarkan strategi perjuangannya dengan menarik minat ramai golongan profesional untuk menyertainya.

“Pada era 80-an, 90-an dan 2000, telah berlaku anjakan pada dasar strategi perjuangan PAS yang lebih terbuka dengan konsep mengambil ramai profesional menyertai PAS. 

“Ramainya profesional dalam PAS, seterusnya boleh bertahaluf dengan parti lain, dapat membentuk kerajaan dan kita dapat lihat contoh kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz yang menunjukkan satu pemerintahan yang baik, bersih, yang telah melonjak nama PAS itu sendiri.”

Beliau turut menyentuh tentang slogan yang diamalkan PAS sebelum ini iaitu ‘PAS For All’ yang merujuk kepada keterbukaan PAS menerima ahli untuk menyertainya.

Namun, ujar Faiz, keputusan muktamar kali ini yang memilih kepimpinan baru disifatkannya agak tertutup dan hanya menfokuskan isu agama tanpa menfokuskan kepada kepentingan keterbukaan PAS kepada semua kaum.

Pergolakan kepimpinan dalaman PAS berlanjutan usai muktamar apabila golongan profesional atau turut dikenali sebagai progresif PAS tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai, lantas dikatakan bakal menubuhkan parti baru.

Antara peneraju kumpulan yang dikenali sebagai G18 ini adalah Mohammad Sabu atau Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mujahid Yusuf Rawa dan Dr Hatta Ramli.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pendapat Anak Mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor

Tags: allahyarham nik azizMuktamar PASPASulama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd