• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Lelaki, Seorang Wanita Ditahan Polis Miliki Dadah Di Kubang Pasu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 10 lelaki dan seorang wanita ditahan polis bersama dadah seberat lebih 200 gram serta 10 liter air ketum dalam serbuan di dua lokasi berbeza di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata antara dadah yang dirampas dalam operasi itu ialah heroin, syabu dan ganja serta 10 liter air ketum yang dianggarkan bernilai RM9,500.

Beliau berkata serbuah pertama di Changlun pihaknya telah menyerbu empat buah rumah di Kampung Changkat Setoi dan Kampung Baru dan menahan lima lelaki berumur antara 25 hingga 48 tahun.

“Dadah yang dirampas ialah heroin, syabu dan ganja serta 10 liter air ketum dalam botol dan plastik,” katanya di sini hari ini.

Katanya dalam serbuah di Bukit Kayu Hitam pula lima lelaki berumur antara 21 hingga 41 tahun serta seorang wanita berumur 24 tahun ditahan dalam sebuah rumah di Ladang Rakyat dan Taman Seri Temin.

Abd Rahim berkata pihaknya merampas dadah jenis heroin seberat lebih 150 gram dan syabu seberat lebih 26 gram.

Katanya kesemua suspek yang ditahan mempunyi rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan dadah dan jenayah lain.

“Suspek direman tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1), Seksyen 39A (2), Seksyen 6, Seksyen 3(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=ikJRVoBs3H4

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd