• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: Pahang Gagal Lebarkan Jurang Mata Ke Atas JDT

oleh Ahmad Albab
28/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 1-1 menentang pesaing terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Keputusan seri itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dengan Pahang terus mengekalkan kedudukan di persada liga dengan kutipan 27 mata, berkelebihan dua mata ke atas JDT.

Pada aksi berkenaan, Mohd Amri Yahyah meletakkan skuad ‘Harimau Selatan’ di hadapan pada minit ke-67 sebelum pemain pertahanan Pahang, Damion Delano Stewart menyamakan kedudukan, selang empat minit kemudian.

Pahang berpeluang menambah menerusi penyerangnya, Dickson Nwakaeme pada minit ke-76 namun percubaan beliau sekadar singgah di palang gol pasukan JDT.

Di Stadium Shah Alam, Selangor meraih kemenangan ketujuh musim ini setelah mengalahkan Terengganu 2-0 hasil jaringan penyerang, Abdul Hadi Yahya pada minit keempat dan pemain pertahanan, Robert Cornthwaite pada minit ke-23.

Turut meraih tiga mata penuh adalah pasukan Perak yang menang selesa 3-1 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain tengah dari Serbia, Marko Perovic bagaimanapun mengejutkan pasukan pelawat apabila menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-15 setelah mudah menolak masuk hantaran daripada rakan sepasukan.

Perak mempamerkan semangat juang yang tinggi dan berjaya meraih tiga gol menerusi Horace James pada minit ke-30, Charles Chad Souza pada minit ke-45 dan Mohd Nasir Basharuddin pada minit ke-75.

Wakil kelab Lembah Klang, Felda United FC pula naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Perak selepas melakar kejutan dengan menundukkan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Dua gol skuad ‘The Fighters’ dijaringkan oleh D. Christie Jayaseelan pada minit ke-11 dan pemain import dari Brazil, Thiago Augusto pada minit ke-58.

Terdahulu, PDRM mengalahkan wakil kelab dari Singapura, Lions XII 2-1 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Shah Alam pada Jumaat.

Satu lagi perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini terpaksa ditunda berikutan perkarangan stadium digunakan sepenuhnya untuk program Madinah Ramadan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=ZaeYyV6CaUU

Tags: Liga SuperSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd