• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita PKR Melenting Khalid Tawar Diri Jadi MB!

oleh Ahmad Albab
28/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) melenting dengan kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beliau bersedia untuk kembali menggalas jawatan itu jika mendapat majoriti mudah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang bengang dengan kenyataan terbuka Abdul Khalid tersebut menyelar bekas Menteri Besar itu sebagai seorang yang tidak tahu malu sambil mendakwa tiada ruang untuk Abdul Khalid kembali ke jawatan berkenaan.

“Abdul Khalid perlu berhenti memalukan dirinya dengan menawarkan untuk memegang jawatan Menteri Besar. Bagaimana beliau boleh mempersolakan tentang cekap, amanah, dan telus apabila beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu.

“Selain dipecat dari PKR, bagaimana seorang ADUN dan Ahli Parlimen Bebas boleh berharap kembali menjawat jawatan Menteri Besar yang bebas dari mana-mana parti politik? Adakah Abdul Khalid cuba untuk menjual dirinya kepada pembida yang paling tinggi? Mungkin UMNO?,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zuraida seterusnya menyindir Abdul Khalid lebih belajar untuk berkhidmat dalam kawasan beliau terlebih dahulu dengan menjaga Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik serta berhenti bermimpi menjadi Menteri Besar Selangor sekali lagi.

Beliau turut mendakwa, sejak Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar, Selangor kononnya berkembang dan makmur dengan ketara Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.

“Tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula. Begitulah kisah sedih Abdul Khalid Ibrahim!,” sindirnya.

Media semalam melaporkan, Abdul Khalid sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.

Namun, ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam DUN Selangor.

“Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah,” kata Abdul Khalid.

Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin.

Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret PKR yang menjejaskan pentadbiran negeri. – Mynewshub.cc

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd