• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini’ Hambar

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – ‘Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini’ bagi memberi penjelasan mengenai penubuhan parti baharu oleh pemimpin PAS yang tersingkir pada muktamar lalu hambar, walaupun hanya tinggal sebulan sebelum parti itu dilancarkan.

Perhimpunan itu yang menampilkan bekas menteri besar Perak Mohammed Nizar Jamaluddin, bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia Awang Ahmad, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Setiausaha Pakatan Rakyat Perak Dr Khairudin Abd Malik dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri itu hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang.

Malah terdapat juga sebilangan pengunjung yang meninggalkan perhimpunan itu semasa ceramah yang secara amnya ‘menzahirkan’ kekecewaan kepada barisan kepimpinan baharu PAS, khususnya terhadap presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad atau lebih dikenali sebagai UAA (Ustaz Awang Ahmad) dalam PAS berkata beliau tidak nampak bagaimana ‘kerosakan’ dalam PAS sekarang boleh dibaiki kerana ‘hasil’ muktamar kali ke-61 lalu melahirkan pucuk pimpinan yang sukar untuk berubah.

“Mereka ini duduk sesama mereka dan menamakan diri sebagai ustaz. Saya rasa semua tahu bahawa pusat (PAS) adalah di Kuala Lumpur, tapi sekarang adalah di Rusila. Apa sahaja semuanya di Rusila,” katanya secara sinis.

Untuk rekod, Abdul Hadi juga adalah Anggota Parlimen Marang dan sering memberikan ceramah di Masjid Rusila, di Marang, Terengganu.

Tengku Zulpuri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab daripada parti DAP pula mendakwa PAS adalah punca kepada krisis dalam Pakatan Rakyat, yang boleh menyebabkan mereka ‘berundur 20 tahun ke belakang’.

Disebabkan itu, beliau yakin parti baharu yang akan menyertai Pakatan Rakyat 2.0 itu kelak akan mendapat sokongan jitu kerana penyokong mereka mengharapkan sebuah parti yang bersikap inklusif dan bukan bersikap eksklusif seperti diamalkan PAS.

Pendapat itu dipersetujui Khairudin yang mengatakan bahawa sikap eksklusif itu akan menjadi punca kepada kejatuhan PAS, selain perbuatan memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur.

“Perbuatan menghina ahli sendiri…menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang bukan Islam… Adakah ini sebuah parti yang dikatakan Islam?,” soalnya.

Mohammed Nizar pula berkata tindakan PAS akan merugikan masa depan parti kerana parti itu tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum lalu tanpa sokongan masyarakat Cina, dan kaum itu menurutnya telah kehilangan kepercayaan kepada PAS.

Beliau juga meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana ‘selepas muktamar PAS, harapan untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN) terus hancur dan mengguris hati mereka untuk terus menyokong PAS’.

“PAS mengambil masa selama 50 tahun untuk mendapatkan keyakinan mereka (masyarakat Cina). Selepas 2008, mereka semakin sayang kepada PAS. Saya sendiri di Changkat Jering menang dengan 82 peratus adalah sokongan masyarakat Cina.

“Muktamar kali ini, pelbagai usul buat orang Cina marah. Mereka kata tidak akan sokong lagi. Mana saya nak letak muka? Kalau sekarang saya bertanding, saya juga akan kalah,” katanya.

Sehubungan itu, Mohammed Nizar berkata adalah penting sebuah ‘kapal’ baharu ditubuhkan untuk terus mendapatkan sokongan rakyat dalam menewaskan BN pada pilihan raya akan datang.

Meskipun perhimpunan itu kurang mendapat sokongan, Mohammed Nizar berkata perhimpunan itu juga dapat didengar secara langsung di Pedas FM yang menurutnya didengar sejuta penduduk.

“Kami telah menjelajah dan orang-orang muda meminta supaya kami percepatkan penubuhan kapal baharu ini, kerana mereka mahu menjatuhkan BN. Tapi kami kena ambil sedikit masa dan apabila ada kapal baharu, ini kekuatan kami untuk menumbangkan BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd