• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Buruh Cedera Dihempap Besi Perancah

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pekerja pembinaan warga asing cedera selepas dihempap besi perancah dalam satu insiden di tapak pembinaan bangunan berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum lewat malam Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian 11.21 malam itu, mangsa pertama yang merupakan warga Bangladesh sedang melakukan kerja pembinaan di dalam bangunan berkenaan mengalami kecederaan patah pinggang manakala seorang lagi mangsa warga Myanmar cedera ringan pada bahagian tangan apabila dihempap besi perancah.

“Sebaik menerima aduan daripada orang ramai, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Pantai Dalam bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata daripada keterangan saksi kedua-dua mangsa bersama lima pekerja lain sedang meratakan simen, tiba-tiba berlaku runtuhan besi perancah menyebabkan dua mangsa terbabit jatuh ke bawah bersama arus runtuhan, manakala lima pekerja lagi terselamat kerana berada jauh dari tempat runtuhan.

Katanya mangsa kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. – BERNAMA

Tags: cedera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd