• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Pemuda Pas Sindir Sumpahan Hadi Awang

oleh
29/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ATAS kertas belum cukup sebulan kalah, namun bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat sudah berani menunjukkan gaya politik ‘budimannya’ apabila menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bangga mendakwa dirinya sebagai Setiausaha G18;  Suhaizan yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan Pas dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan ‘tenggelam’ ekoran sumpahan Abdul Hadi.

Suhaizan yang tewas pada pemilihan Muktamar bulan lalu sebaliknya menyifatkan Abdul Hadi agak ketinggalan apabila memberi peringatan kononnya ahli dan pemimpin parti Islam versi baharu itu akan ‘tenggelam’.

“Zaman sekarang sudah berubah. Landskap politik juga sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan oleh G18 ini berbeza dengan sejarah lama. G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu atau dua bekas pemimpin serpihan Pas.

“Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat,” katanya dipetik dari portal berita Mstar. G18 ialah gelaran merujuk kepada pergerakan dianggotai 18 pemimpin Pas yang tewas dalam Muktamar akhir bulan lalu.

Portal berita AgendaDaily sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli Pas yang menyertai parti atau NGO lain akan ‘tenggelam’ bersama parti baharu yang bakal mereka tubuhkan itu.

Kenyataan Abdul Hadi turut disokong Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah pernah membuktikan penubuhan parti serpihan Pas tidak mampu bertahan lebih lama.

Beliau menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia atau Hamim sebagai contoh yang akhirnya terpaksa dibubarkan walaupun dianggotai oleh ramai pemimpin politik hebat tanah air waktu itu.

Mengulas lanjut, Suhaizan yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat kepada Nik Abduh, anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat; bagaimanapun menolak amaran dan peringatan Abdul Hadi.

“G18 amat berbeza dengan Hamim mahupun parti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Parti-parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin Pas yang mahu bergerak sendiri tanpa dikaitkan dengan parti-parti lain.

“Bezanya G18 bukan ditubuhkan oleh pemimpin, walaupun yang mengetuainya adalah bekas pimpinan Pas tapi hakikatnya ia didorong oleh sokongan rakyat, bukan sahaja ahli Pas,” tegasnya menempelak Abdul Hadi.

Jelas Suhaizan lagi, G18 kini giat mengadakan pertemuan dengan pelbagai NGO tempatan yang mendokong perjuangan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

G18 diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan dijangka bergabung dengan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diketuai Datuk Phahrolrazi Zawawi yang dikatakan amat mesra DAP dan PKR.

Mereka akan membentuk Pakatan 2.0 tanpa penglibatan Pas yang memutuskan hubungan dengan DAP sehingga mengakibatkan parti cauvinis Cina itu baru-baru ini mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah pun dibubarkan.

Gertakan DAP selain perkembangan terbaharu Pasma dan G18 menyebabkan pemimpin Pas kemudian dilaporkan terpaksa berbaik-baik dengan PKR di Selangor kononnya pakatan sedia ada masih wujud. – Mynewshub.cc

Tags: DAPPASPASMAPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd