• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: 5 Negara Utama Siasatan Gesa PBB Tubuh Tribunal

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Lima negara yang menyiasat nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang didakwa ditembak jatuh tahun lalu di Ukraine, hari ini meminta Tribunal Antarabangsa mendakwa mereka yang bertanggungjawab.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop, berkata kerajaannya komited untuk bekerjasama dengan dengan Malaysia, Ukraine, Belanda dan Belgium, serta komuniti antarabangsa besar yang lain untuk memastikan keadilan diberikan kepada keluarga mangsa. “Perkara ini sudah dibincangkan oleh negara yang berkaitan,” katanya.

Ukraine dan negara Barat lain mengesyaki Penerbangan MH17 itu dimusnahkan oleh roket atas permukaan ke udara oleh tentera Russia atau puak pemisah yang menguasai tempat pesawat terhempas di timur Ukraine.

Pembuat BUK iaitu roket sistem pertahanan udara melaporkan bulan ini bahawa MH17 ditembak jatuh oleh versi roket yang lama yang tidak digunakan lagi oleh tentera Russia tetapi masih berada di Ukraine.

Diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lima negara berkenaan mahu Majlis Keselamatan PBB mewujudkan tribunal PBB yang boleh mengheret mereka yang bertanggungjawab.

Minggu lalu, pakar undang-undang tiba di New York untuk menemui penasihat lembaga perundangan PBB mengenai perkara itu.

Seorang lagi diplomat berkata, pakar undang-undang itu menyerahkan satu draf untuk pembentukan kepada tribunal itu dan draf resolusi kepada PBB untuk menguatkuasakannya.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim, semalam memberitahu pemberita bahawa perkara itu sudah dikemukakan untuk semakan majlis.

“Kami berharap dapat mengangkat resolusi draf itu pada peringkat Majlis Keselamatan Julai ini. Kami berharap yang terbaik,” katanya.

Ramlan berkata, Malaysia juga pada dasarnya sudah mengadakan perbincangan dengan Russia ‘namun agak awal untuk menyatakan’ sama ada Russia akan menyokong resolusi itu. – AP/BH Online

 

Tags: MH17PBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd