• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Tempatkan Polis Dalam Tren Pada Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menempatkan anggota polis berpakaian seragam dan biasa di dalam tren bagi memastikan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat itu pada musim perayaan ini.

Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata ia turut melibatkan anggota polis yang lengkap bersenjata, selain menempatkan anggota berpakaian seragam dan biasa di semua stesen dan kawasan strategik.

“Kita (KTMB) juga pantau keselamatan penumpang dengan memasang CCTV supaya nampak apa berlaku di stesen, jambatan dan di terowong di samping pemantauan secara konvensional di semua lokasi strategik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengedarkan 3,000 pek berbuka puasa kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, KTM Intercity dan ETS di KL Sentral di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Kanan Pemasaran dan Hubungan Pelangan KTM Intercity, Mohd Noordin Kimi dan Pengurus Besar KTM Komuter Azshidah Shahari.

Sarbini berkata KTMB juga sedang menaik taraf perkhidmatan tren dengan memasang Sistem Pengesanan Global (GPS) pada 120 buah lokomotif yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

“Sekarang KTMB sedang memasang sistem GPS pada 50 lokomotif dan kita dapat memerhatikan dan juga mendapat maklumat tentang pergerakan semasa tren.

“Kita juga dapat maklumat siapa pemandu, di mana lokasinya, apa lajunya…semuanya kita tahu. Jadi, KTMB dapat mengawal pergerakan tren
dengan lebih dekat serta apa yang berlaku di kawasan landasan dan stesen kita.

“Kelajuan sesebuah gerabak berkait rapat dengan keselamatan penumpang, jika ia lebih had laju, pusat kawalan akan tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Sarbini meminta orang ramai supaya melaporkan ke balai polis berdekatan atau kakitangan syarikat itu jika melihat perkara yang mencurigakan di semua stesen KTMB di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: KTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd