• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SEGERA: BN Kekal Kemenangan Majoriti 2,635 Undi!

oleh AK-47
26/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor apabila calonnya Mat Razi Mat Ail  memperoleh majoriti 2,635 undi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu hari ini.

Majoriti undi juga meningkat sebanyak 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum ke-13.

Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini pada pukul 9 malam.

Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Turut hadir pada majlis pengumuman rasmi keputusan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengarah Jentera BN PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, calon PAS, Wan Rosdi dan calon Bebas, Izat Bukhary tidak hadir di pusat penjumlahan undi itu.

PRK itu diadakan ekoran kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Mat Razi merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat dan dikenali dengan panggilan ustaz kerana beliau mengasaskan Pondok Simpangan di sini sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu agama. – BERNAMA

Tags: Pengkalan Kubor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Aziz Mohon Doa Agar ‘Potong Lidah, Butakan Mata’ UMNO

25/09/2014
1

KISAH doa pelik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz terhadap Umno bukan cerita baru. Jika sebelum ini beliau meminta...

Apakah Solat Berimamkan Muhyiddin Tidak Sah?

22/09/2014
0

Berikut adalah petikan daripada http://negarapakatanrakyat.blogspot.com. Kami siarkan sebahagian rencana di mynewshub.cc dan sebahagian di punca asal sebagai bukti ia bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd