Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Jauhi Fahaman Melampau Demi...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keamanan dan keharmonian negara boleh...

Ketua Dewan Ulamak PAS...

BIDOR - Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh cedera...

Sembelih Rakan Baik Kerana...

BENARLAH apa yang dikatakan bahawa dadah ini sememangnya musuh utama dan pembunuh tanpa...

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam keadaan prestasi pasaran saham serantau...

SEGERA: BN Kekal Kemenangan Majoriti 2,635 Undi!

TUMPAT – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor apabila calonnya Mat Razi Mat Ail  memperoleh majoriti 2,635 undi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu hari ini.

Majoriti undi juga meningkat sebanyak 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum ke-13.

Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini pada pukul 9 malam.

Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Turut hadir pada majlis pengumuman rasmi keputusan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengarah Jentera BN PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.


Bagaimanapun, calon PAS, Wan Rosdi dan calon Bebas, Izat Bukhary tidak hadir di pusat penjumlahan undi itu.

PRK itu diadakan ekoran kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Mat Razi merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat dan dikenali dengan panggilan ustaz kerana beliau mengasaskan Pondok Simpangan di sini sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu agama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori