• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Diramal Bakal Tumbang Di Selangor PRU-14

oleh
25/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yakin negeri tersebut akan kembali diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang, lapor agensi berita Bernama.

Beliau kini Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor membuat jangkaan itu dengan melihat senario politik di negeri itu yang masih lagi berdepan pelbagai krisis dalam gabungan pembangkang.

“Mubarak Selangor telah menyatakan kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor bahawa kita akan bantu dalam kempen PRU-14 nanti serta telah menyediakan jentera yang kuat di setiap peringkat negeri dan semua bahagian.

“Peluang kini amat cerah dan tidak mustahil berpihak semula kepada BN untuk menakluk majoriti kerusi yang dipertandingkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya yang dipetik portal berita AgendaDaily.

Abu Hassan ialah Menteri Besar Selangor ke-12 selepas Tan Sri Muhammad Muhd. Taib meletak jawatan pada 1997 sebelum beliau berundur pada 2000 dengan digantikan oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Beliau berkata demikian ketika majlis kunjungan dan penyampaian sumbangan Aidilfitri Perdana Menteri kepada anggota Mubarak yang sakit, di kediaman bekas wakil rakyat Selangor, Choo Yong Fatt di Bukit Gasing.

Yong Fatt yang juga bekas ADUN Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baharu bersetuju dan berkata bagi mengembalikan kepercayaan serta sokongan padu rakyat, keutamaan BN perlu menghidupkan semangat parti yang bersatu teguh.

Bernama melaporkan Mubarak juga menyampaikan sumbangan ihsan kepada bekas ADUN Paya Jaras, Saidin Thamby, 79 tahun; di kediamannya di Selayang sebagai meringankan kos pembiayaan rawatan kesihatannya.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Selayang itu terlantar akibat strok yang dihidapi sejak awal tahun ini serta kini mendapatkan rawatan secara berkala di Hospital Selayang dan di Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia.

Sumbangan yang disampaikan kepada mereka berupa wang tunai RM2,000 yang merupakan sumbangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan RM500 daripada Mubarak Selangor serta hamper.

“Ini merupakan program yang sering kita (Mubarak) lakukan sebagai tanda ingatan kepada kawan-kawan kita yang selama ini sama-sama berbakti menumpahkan jasa khidmat sebagai wakil rakyat BN,” kata Zaleha Ismail.

“Sesuai moto ‘Terus Berkhidmat’, kita mahu buktikan walau tiada jawatan dalam kerajaan, kita ada semangat tabur bakti hingga akhir hayat,” kata bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu.

Isteri Saidin, Maimunah Mohd. Shafie menyambut baik lawatan Mubarak ke rumahnya disifatkan sebagai tanda kukuh ikatan silaturahim selain menceriakan suaminya apabila lihat rakan seperjuangan berada di hadapan mata.

Sementara itu, Abu Hassan berkata walaupun sumbangan itu tidak seberapa, lawatan Mubarak juga sebagai lambang keprihatinan di samping mengiktiraf jasa dan bakti anggotanya yang kini terlantar sakit.

“Selain sumbangan, kita juga berdoa agar rakan-rakan kita yang tidak berapa sihat akan cepat sembuh dan dapat beribadat di bulan mulia ini serta menyambut Hari Raya Puasa bersama keluarga,” katanya. – Bernama/Mynewshub/HAA

Tags: adunBNmubarakselangorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd