• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Afrika Ditahan Bersama Dadah RM1.35 Juta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Afrika ditahan bersama sembilan kilogram dadah syabu dianggarkan bernilai RM1.35 juta di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), 11 September lalu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam kenyataan di laman Facebook hari ini, menyatakan dadah itu ditemui dalam pemeriksaan yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurut kenyataan PDRM, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Polis kini sedang menggiatkan siasatan untuk mengenal pasti anggota sindiket yang terlibat.

Dalam perkembangan lain, di laman Facebook yang sama, polis turut memuat naik kejayaan menumpaskan sindiket dadah didalangi dua lelaki warga Nigeria dan merampas dadah syabu dianggarkan bernilai RM136,200 di sebuah restoran di Bandar Sri Petaling di sini, pada 10 Sept lalu.

Bertindak hasil maklumat awam, polis menahan kedua-dua suspek di lokasi kejadian dan merampas 908 gram dadah jenis syabu yang ditemui dalam beg galas yang dibawa oleh seorang daripada suspek.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua suspek yang berumur 28 dan 29 tahun itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd