• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selangor Terus Sokong Azmin Ali Sebagai MB

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Selangor semalam menyatakan sokongan penuh kepada Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, dan komited untuk terus menjalinkan kerjasama akrab dengan rakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin harus dipertahankan bagi memastikan segala agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.

“Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

“Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-Exco PAS Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor menyokong penuh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini.

Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, berkata kerjasama akrab PAS Selangor dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akan diteruskan bagi memastikan amanah yang diberikan rakyat, tidak dikhianati dan tanggungjawab terhadap mereka dapat ditunaikan.

Kenyataan Iskandar itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi hari ini yang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada Mohamed Azmin demi mempertahankan kerajaan negeri.

“Ingin saya tegaskan bahawa kerjasama PAS dengan komponen dalam Pakatan Rakyat di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

“Sehubungan itu juga, PAS Pusat telahpun memberi arahan kepada Iskandar selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga anggota exco untuk arahkan seluruh ADUN PAS Selangor supaya terus bersama dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat, seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini,” kata Abdul Hadi.

Hubungan PAS dengan rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP ibarat ‘retak menanti belah’ ekoran tindakan DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas mendakwa keputusan yang dibuat Muktamar PAS sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP, telah ‘membunuh’ pakatan itu. – BERNAMA

Tags: Azmin AliPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd