• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Maut Ditembak Ketika Hantar Kad Kahwin

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Dua lelaki maut ditembak ketika sedang menghantar kad undangan di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Serdang Jaya 2/20, Seri Kembangan, di sini Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Serdang Daerah ACP Razimi Ahmad berkata kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 malam itu melibatkan seorang ejen insurans dan seorang mekanik kereta, kedua-duanya berumur 25 tahun.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal ketika itu dalam perjalanan hendak menghantar kad undangan perkahwinan mangsa yang bekerja sebagai mekanik, namun tiba-tiba telah dihalang sebuah motosikal yang ditunggangi dua individu tidak dikenali.

“Suspek telah melepaskan sebanyak lima das tembakan jarak dekat ke arah kedua-dua mangsa.

“Mangsa pertama telah ditembak pada bahagian dada dengan dua das tembakan, manakala mangsa kedua telah ditembak di bahagian perut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Razimi berkata suspek yang berpakaian t-shirt hitam kemudian melarikan diri dan hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemukan lima kelongsong peluru berhampiran dengan motosikal mangsa.

“Suspek tidak dikenal pasti kerana memakai topi keledar berpenutup penuh. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang rakan baik mangsa, M. Murali, 27, berkata hajat kawan baiknya untuk berkahwin pada 4 Julai ini tidak kesampaian akibat kejadian itu.

“Saya mengenali kedua-dua mangsa sebagai seorang yang peramah dan ramai kawan…saya tidak sangka bahawa mereka mempunyai musuh,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian iaitu pemilik sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Chong, 37, berkata beliau terdengar beberapa das tembakan ketika sedang sibuk melayan pelanggan.

“Saya terlihat dua orang suspek melarikan diri selepas melepaskan tembakan ke arah mangsa namun tidak dapat melihat muka suspek kerana keadaan ketika itu gelap” katanya. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd