LAMBAKAN fesyen tudung mahupun hijab pada masa kini dapat dilihat melalui kepelbagaian bentuk dan warna.
Namun kebiasaannya, kaum perempuan yang berhijab pasti mempunyai dua permasalahan ini.
Pertama sekali ianya masih panas untuk dipakai di negara beriklim tropika seperti di Malaysia.
Kedua kita juga mempunyai musim monsun yang membawa hujan yang lebat di mana fabrik pada hijab akan menjadi mudah lencun dan berbau busuk.
Melalui pengalaman kami juga, kami sedari ibu akan menghabiskan masa yang lama untuk moggosok kain tudung.
Alangkah baiknya jika ada hijab yang tidak perlu digosok, kalis air dan tidak panas untuk dipakai.
Veil ialah projek hijab moden yang menggunakan teknologi fabrik terkini untuk menyelesaikan ketiga-tiga masalah di atas.
Dengan menggunakan fabrik Cool Dry, ianya tidak perlu digosok lagi bahkan menjadi kalis air.
Muslimah tidak perlu risau tudung mereka akan basah apabila hujan turun.
Fabrik moden ini juga mampu memantulkan 80% haba dalaman sekaligus memastikan suhu kepala pemakai 10 darjah selsius lebih sejuk berbanding fabrik hijab biasa.
Disamping itu hijab Veil ini juga mempunyai lapisan anti pancaran ultra violet bagi mengurangkan risiko kanser.
Projek hijab moden Veil untuk muslimah moden ini adalah sangat bagus. Ia akan mengurangkan ketidakselesaan yang sering dialami oleh pemakai hijab di negara panas seperti Malaysia.
Veil masih mengumpul dana untuk penghasilan secara besar-besaran.
Sepasang Veil boleh anda miliki dengan harga USD 17 (RM 65).
Ini masih jauh lebih murah dari harga hijab berjenama terkenal yang kini di pasaran.
Sudah tiba masanya teknologi terkini fabrik terkini digunakan untuk pakaian yang mengikut hukum syarak. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Kickstarter

