• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembara Kerjaya Tawar 3,400 Peluang Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Sebanyak 3,400 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat negeri ini dalam Program Kembara Kerjaya 2014 yang akan menjelajah ke tujuh daerah bermula hari ini sehingga 28 Sept.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri R. Vidyananthan berkata peluang pekerjaan yang ditawarkan melibatkan 24 majikan daripada agensi kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata Program Kembara Kerjaya itu merupakan usaha kerajaan Johor dalam menguar-uarkan peluang pekerjaan dan latihan sijil kemahiran yang terdapat di negeri ini.

“Ketika ini, Johor memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam mengendalikan bidang pekerjaan yang berasaskan kemahiran seperti industri minyak dan gas, kreatif dan multimedia serta hospitaliti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi Program Kembara Kerjaya 2014 di Kota Iskandar, Nusajaya, dekat sini, Khamis.

Vidyananthan berkata rakyat di negeri ini khususnya belia perlu merebut peluang dalam bidang industri minyak dan gas yang terbesar di Malaysia bagi memastikan bidang itu tidak dimonopoli pekerja asing.

Beliau berkata menerusi konvoi itu, pelbagai maklumat dan cara memohon untuk memasuki latihan kemahiran serta peluang pekerjaan akan dimaklumkan semasa sesi penerangan di setiap daerah.

Kembara Kerjaya yang julung kali diadakan itu, disertai 178 peserta dengan 57 buah kenderaan terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan, swasta dan GLC yang akan memberi penerangan tentang agensi masing-masing serta peluang pekerjaan yang ada.

Kembara sejauh 646 kilometer itu bermula di Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi, seterusnya ke Dewan Sentuhan Kasih, Tenggaroh 3, Mersing (26 Sept); Dewan Orang Ramai, Parit Sulong, Muar (27 Sept), Dewan Kejora Taman Sri Lambak, Kluang (27 Sept); Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh (28 Sept) dan Dataran Datuk Jalok, Benut, Pontian (28 Sept). – BERNAMA

 

Tags: Johorkerjaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

29/07/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem logistik halal sebagai langkah memperkukuh integriti rantaian bekalan produk...

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd