• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam KL Rampas Minuman Keras Bernilai RM665,450

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas 50,130 liter minuman keras seludup bernilai RM665,450, melibatkan cukai sebanyak RM1,031,950 sejak awal tahun ini.

Pengarahnya Abdul Ghani Othman berkata menerusi Ops Outlet yang dijalankan sejak Januari lepas dalam usaha membanteras kegiatan penjualan minuman keras seludup di sekitar Lembah Klang, Kastam Kuala Lumpur memeriksa sebanyak 220 premis.

“Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 39 premis didapati bersalah kerana memiliki barangan seludup terbabit.

“Kami juga menahan 35 individu, 24 daripadanya telah dikompaun, empat diikat jamin, manakala tujuh pekerja warga Myanmar telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh itu, Kastam Kuala Lumpur telah mengutip kompaun berjumlah RM85,850.

Abdul Ghani berkata dalam tempoh dua bulan lepas sahaja, pihaknya merampas lebih 30,000 liter minuman keras.

Beliau berkata bagi Mei dan Jun, pihaknya menyerbu tiga premis di Lembah Klang iaitu di Bandar Sunway dan USJ dengan nilai rampasan berjumlah RM199,276 dan RM15,955, manakala sebanyak 6,256 liter bir dirampas dari sebuah stor di Balakong yang bernilai RM82,968, melibatkan cukai sebanyak RM105,376.

Dalam serbuan lain, sebuah lori tangki minyak diesel yang telah diubah suai ditahan di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh yang sedang mengangkut 3,240 liter bir bernilai RM35,587.68.

“Pemandu lori terbabit telah ditahan dan dituduh di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: arakKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd