• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinggalkan Bayi Dalam ‘Baby Hatch’ Bukan Jenayah

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – ‘Baby hatch’ atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan bayi mereka dengan selamat, bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin meningkat dan menyelamatkan bayi baru lahir yang tidak berdosa.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang Abd Aziz Abd Rahman berkata ramai yang masih memilih untuk membuang bayi ke dalam tong sampah, mangkuk tandas, longkang atau tandas walaupun ‘baby hatch’ disediakan.

“Membuang bayi merupakan cara yang paling mudah oleh pasangan yang berzina dan hamil sebelum nikah dalam kehidupan moden ini tetapi mereka tidak boleh membuang bayi di kawasan yang menjijikkan.

“Ramai yang masih tidak mengetahui tentang ‘bayi hatch’ yang disediakan dan disebabkan fobia serta panik, mereka membuang bayi ke dalam tong sampah. Tujuan sebenar penyediaan ‘baby hatch’ ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi”, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abd Aziz, ‘baby hatch’ dibuka di KPJ Pulau Pinang tahun lepas dan setakat ini belum ada yang meninggalkan bayi di situ, mungkin tidak mengetahui mengenai kemudahan yang disediakan itu.

Katanya, perbuatan meninggalkan bayi di ‘baby hatch’ bukan kesalahan jenayah.
Justeru, beliau berharap bayi baru dilahirkan pasangan luar nikah itu boleh ditinggalkan dalam keadaan selamat, sekaligus menyelamatkan nyawa mereka yang tidak minta untuk dilahirkan namun mempunyai hak untuk hidup.

Pada masa ini, sembilan KPJ menyediakan ‘baby hatch’ daripada 26 rangkaiannya iaitu di KPJ Tawakkal (Kuala Lumpur), KPJ Seremban, KPJ Ipoh, KPJ Johor, KPJ Kuantan, KPJ Pulau Pinang, KPJ Perdana (Kota Bharu), KPJ@Damai (Kota Kinabalu) dan KPJ Kuching.

Abd Aziz berkata, tujuh bayi diselamatkan melalui ‘baby hatch’ di sembilan hospital KPJ sejak kemudahan itu dilancarkan pada 2010 oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan OrphanCare.

Beliau berkata, KPJ mengamalkan prosedur operasi standard untuk menguruskan peti pelindung bayi hasil kerjasama dengan OrphanCare termasuk membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas laporan mengenai insiden dibuat kepada OrphanCare.

Abd Aziz berkata, bayi kemudian diserahkan kepada polis, OrphanCare dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk seterusnya dijadikan anak angkat. – BERNAMA

Tags: bayibuang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd