• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 6 Wanita Warga Vietnam Kerja Tanpa Permit

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan enam wanita warga Vietnam yang didapati bekerja tanpa permit dan seorang wanita warga tempatan di sebuah restoran yang merupakan bekas Panggung Wayang Sentosa, di Jalan Tras, dekat Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Zahari Wan Busu berkata serbuan dilakukan pada pukul 11 malam setelah menerima laporan daripada orang awam berhubung pekerja asing di premis itu.

“Semasa serbuan dilakukan, kesemua enam wanita warga Vietnam berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun sedang bekerja dipercayai sebagai pelayan di situ.

“Siasatan awal mendapati kesemua wanita berkenaan telah bekerja di situ kira-kira enam bulan lepas dan masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelancong,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya polis menahan seorang wanita warga tempatan berusia 37 tahun kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah.

Selain itu, katanya polis turut memeriksa lapan pelanggan lelaki di kedai itu namun telah dilepaskan setelah didapati tidak melakukan sebarang kesalahan atau rekod jenayah.

Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan. – BERNAMA

Tags: polisWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd