• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki & 12 GRO Warga Asing Ditahan Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki tempatan dan 12 wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad 3 di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Pemangku SAC Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam pihaknya membuat serbuan ke atas premis tersebut pada pukul 12.50 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, restoran ini berkonsepkan sebuah pusat hiburan yang didapati tiada lesen hiburan dan menggaji wanita asing tanpa permit kerja.

“Semasa serbuan, semua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan tanpa menyedari kehadiran sepasukan anggota polis di dalam premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati 12 wanita berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu juga dipercayai menyalah gunakan pas lawatan sosial sebelum melakukan kegiatan tidak bermoral di premis tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan berusia 40an yang dipercayai bekerja di premis itu turut ditahan.

Katanya, kesemua wanita asing itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan. – BERNAMA

 

Tags: Pelacurpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd