• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Mula Proses Ekstradisi 8 Suspek Rompak MT Orkim Harmony

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah memulakan proses ekstradisi lapan suspek yang terlibat dalam kes rompakan MT Orkim Harmony (MT OH), kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Beliau berkata ini bagi membolehkan suspek berkenaan yang ditahan pihak berkuasa Vietnam dapat dibawa ke negara ini dengan secepat mungkin.

Pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan bahawa lapan suspek berkenaan telah mengaku terlibat dalam rompakan MT OH, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan APMM telah mengendalikan lima kes rompakan bersenjata sebelum ini dengan sebanyak 40 pesalah telah menerima hukuman penjara dalam kesemua kes tersebut.

“Manakala perbicaraan kes MT Sun Birdie, satu lagi kes rompakan, sedang berjalan sekarang ini. Justeru, siasatan dan pendakwaan ke atas kes rompakan di laut bukan perkara baharu buat agensi ini, katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan proses siasatan kes rompakan tersebut.

Katanya pegawai forensik APMM telah memulakan kerja-kerja pengambilan bukti dari MT OH dan pegawai penyiasat APMM juga sedang mengambil keterangan saksi-saksi yang berada di kapal tersebut.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa wujud penglibatan orang dalam bersabit dengan kes tersebut.

Ahmad Fuzi yang menyangkal dakwaan itu berkata: “Bagaimanapun memandangkan APMM sedang menjalankan siasatan, sekiranya terdapat perkara-perkara yang dinyatakan itu maka pihak kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, katanya Master dan kru MT OH juga telah menjalani pemulihan trauma yang disediakan oleh pihak Hospital Angkatan Tentera dan Mercy Malaysia yang diuruskan oleh pihak syarikat kapal tangki itu.

MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dan 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor pada 11 Jun lepas.

Pada 18 Jun, kapal itu berjaya dikesan telah dirampas dan ditukar nama asalnya ‘Orkim Harmony’ kepada ‘Kim Harmon’.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi Jumaat dan kapal itu tiba di Pelabuhan Kuantan pagi semalam. – BERNAMA

 

Tags: APMMKapal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd