• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Solat Jenazah Selepas Solat Jumaat Di Seluruh Negara

oleh AK-47
21/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib bagi mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang beragama Islam akan diadakan secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pasukan pengurusan jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) selamat memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan 11 jenazah tersebut di Amsterdam.

“Setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat pada Jumaat, 22 Ogos.

“Solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebanyak 20 jenazah yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal MH17 akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Jumaat.

Jamil Khir berkata, setakat ini dua jenazah yang dipersetujui oleh pihak keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya, solat jenazah hadir akan diselaraskan di Masjid Putra, Putrajaya.

“Manakala bagi jenazah Muslim yang dibawa terus ke negeri masing-masing, jenazah akan disolatkan di peringkat negeri dan permukiman masing-masing,” katanya.

Menurut Jamil Khir, Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri berkaitan akan berperanan sepenuhnya untuk pengurusan solat jenazah dan urusan pengebumian jenazah Muslim sehingga majlis selesai.

Katanya, Jakim menyediakan dua imam pengiring bagi setiap jenazah Islam untuk membantu menguruskan solat jenazah, bacaan talkin dan tahlil.

Sementara itu beliau berkata, seluruh masjid di seluruh Malaysia diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib secara serentak sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

“Di peringkat negara, solat jenazah ghaib akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya. Semua masjid juga digalakkan untuk mengadakan majlis tahlil selepas solat jenazah.

“Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib di masjid-masjid peringkat negeri dan komuniti,” tambah Jamil Khir.

Maklumat lanjut, umat Islam boleh merujuk kaifiat solat jenazah ghaib melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my – mStar Online

Tags: MH17solat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd