• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Bersepadu MKN Tahan 266 PATI Di Kota Kinabalu

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 266 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Kota Kinabalu dan Penampang dalam operasi bersepadu selama dua hari dilaksanakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah.

Setiausaha MKN Sabah Mohd Rodzi Md Saad berkata operasi yang berakhir petang Sabtu itu telah memeriksa 589 orang yang disyaki sebagai PATI dan daripada jumlah itu, 351 orang ditahan untuk pemeriksaan lanjut di pusat pemeriksaan dokumentasi.

Menurutnya, selepas tapisan dijalankan, 266 daripada mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen kerana kesalahan memasuki dan berada di negeri ini secara haram.

“Kesemua mereka ditahan berumur antara setahun hingga 50 tahun telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, sementara menunggu siasatan lanjut selama 14 hari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi bersepadu yang berterusan ini dilaksanakan sebagai memperlihatkan kesungguhan usaha kerajaan menerusi agensi-agensi penguatkuasa menjadikan Sabah sebagai negeri yang aman dan selamat.

Mohd Rodzi berkata kehidupan di negeri ini seharusnya didominasi oleh penduduk atau rakyat tempatan dan bukannya warga asing yang berada di Sabah secara tidak sah.

Sementara itu, beliau berkata sejak Januari hingga ke hari ini, jumlah PATI yang ditahan reman menerusi operasi bersepadu ialah sebanyak 2,368 orang daripada 5,844 yang diperiksa.

Menurut beliau, operasi bersepadu telah dijalankan secara khusus sejak 2 April tahun lalu, setelah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.3 juta bagi membolehkan operasi yang lebih berkesan dan berwibawa dilaksanakan.

Mohd Rodzi berkata ketika ini 7,341 PATI sedang ditahan di empat PTS di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu (1,821), Papar (2,216), Sibuga, Sandakan (1,417) dan Tawau (1,887).

Menurutnya bagi tempoh Januari hingga hari ini sejumlah 11,545 PATI telah diusir atau dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Daripada jumlah itu, sebanyak 8,710 adalah warganegara Filipina, 2,808 warganegara Indonesia dan bakinya warganegara lain. – BERNAMA

 

Tags: MKNPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd