• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal MT Orkim Harmony Selamat Tiba Di Pelabuhan Kuantan

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang membawa 21 anak kapal selamat tiba di Pelabuhan Kuantan pagi ini.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kapal berkenaan selamat berlabuh pada kira-kira pukul 7.50 pagi tadi di Dermaga Petronas, pelabuhan berkenaan.

Kapal yang membawa muatan 6,000 metrik tan petrol RON95 bernilai RM21 juta itu pada awalnya dijadualkan tiba pada pukul 2 pagi tadi, namun tiba lewat setelah mengalami kerosakan pada salah satu enjinnya.

Pada 11 Jun lepas, kapal berkenaan terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor.

Pada 18 Jun, kapal itu berjaya dikesan telah dirampas dan ditukar nama asalnya ‘Orkim Harmony’ kepada ‘Kim Harmon’.

Semalam, kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Bagaimanapun seorang daripada kru kapal iaitu tukang masak cedera di paha kerana ditembak perampas dan telah diterbangkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan menggunakan helikopter.

Tiga pesawat iaitu P-3C Orion, C130 dan Beechcraft dihantar untuk menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony.

Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan pada 6.30 pagi.

Pihak TLDM dan APMM ketika ini masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam sama ada lapan lelaki yang ditemui berhampiran perairan Vietnam pagi ini adalah perampas kapal tangki Malaysia.

Di Pelabuhan Kuantan, lebih 30 petugas media yang mula berkumpul seawal jam 4.30 pagi ini bagi membuat liputan ketibaan kapal tangki berkenaan.

Satu sidang media oleh pihak TLDM dan APMM dijadual akan diadakan di Pangkalan Tanjung Gelam, di sini. – BERNAMA

Tags: KapalMT Orkim Harmony
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd