• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inilah Muka 8 Lanun MT Orkim Harmony

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lapan suspek yang merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan pihak berkuasa Vietnam, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata mereka ditahan berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam selepas menceroboh perairan negara itu dengan menaiki sebuah bot penyelamat berwarna kuning semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan.

“Mereka kini sedang disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan kapal tangki MT Orkim Harmony di sini hari ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam Twitter beliau memuat naik gambar lapan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes MT Orkim Harmony.

“Lapan warga Indonesia ditemukan di Tho Chu Island pada 19 Jun, pukul 0630. Kami sedang menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa,” kata Abdul Aziz dalam tweet yang memuat naik gambar berkenaan.

Ahmad Puzi berkata pihaknya telah berhubung dengan pihak berkuasa Vietnam bagi mendapatkan kerjasama untuk membawa penjenayah itu ke Malaysia.

Beliau berkata APMM belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu mengenai kewarganegaraan suspek terbabit dan senjata yang digunakan semasa rampasan.

“Melalui pengalaman lepas apabila mereka tahu mereka tewas, senjata yang dimiliki akan dibuang. Buat masa ini kami beri ruang pihak Vietnam buat siasatan,” katanya.

Ahmad Puzi berkata bagi memastikan penjenayah terlibat tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, pihaknya akan segera merakam percakapan 22 anak kapal serta menjalankan siasatan forensik ke atas kapal tersebut sejurus mendarat di Kuantan.

Dalam pada itu, beliau berkata kru kapal warga Indonesia Mavit Matin, 46, yang bertugas sebagai tukang masak yang ditembak pada paha kiri, hanya mengalami cedera ringan dan tidak memerlukan pembedahan.

Ditanya mengenai kritikan sesetengah pihak bahawa pengawasan kurang berkesan pihak berkuasa menyebabkan perampas terbabit lolos, Ahmad Puzi berkata dalam situasi sedemikian keselamatan anak kapal adalah lebih penting.

“Kapal itu bawa minyak yang mudah terbakar…tentulah kami letakkan keselamataan (kru) sebagai keutamaan. Kes ini konklusif jadi fasa dua yang perlu kami buat adalah tindakan undang-undang,” katanya.

Semua 22 anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan kira-kira 2.30 pagi ini hasil rundingan pihak berkuasa Malaysia dengan penjenayah berkenaan.

Kapal tangki yang membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta itu dilaporkan hilang pada 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal iaitu 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

https://youtu.be/XVvsKLnuORY

Tags: KapalLanunMT Orkim Harmony
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd