• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis PR: Azmin Akan Menghadap Sultan Selangor

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR itu susulan krisis dalam pakatan pembangkang.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang berkata ia bagi membolehkan penjelasan sebenar situasi politik diberi dengan teliti kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah selain untuk pengetahuan rakyat negeri itu.

“Azmin (yang merupakan Timbalan Presiden PKR) akan memberi penjelasan kepada Sultan dalam masa terdekat … (mungkin) rakyat juga agak keliru dengan (keadaan pakatan pembangkang Selangor), bukan mudah (untuk) rakyat membuat keputusan untuk memilih (parti) mana (untuk disokong) kerana kami (pakatan pembangkang) mendapat mandat pada pilihan raya umum lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada pakatan pembangkang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang telah diisytihar ‘berakhir’ di peringkat pusat oleh DAP pada Selasa lepas akan menjejaskan kestabilan di Selangor.

Rafizi berkata kerjasama politik antara ketiga-tiga parti dalam Selangor dapat dikekalkan dengan membentuk kerajaan negeri berkonsepkan ‘loose coalition’ (pakatan rapuh).

“Kami boleh terus bekerjasama, sekiranya ketiga-tiga pihak duduk bersama dan berbincang sebelum mengambil tindakan, tetapi nampaknya kedua-dua parti itu (DAP dan PAS) telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pakatan.

“Jadi, kami akur bahawa pakatan rakyat pada masa sekarang sudah tidak wujud lagi,” kata Rafizi.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata gabungan parti baharu diperlukan pada ketika ini untuk menyelesaikan kemelut itu demi kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Gelang Patah itu berkata DAP akan terus bekerjasama dengan PKR di Selangor dan Pulau Pinang sementara menunggu sebarang perkembangan terbaru mengenai keadaan di Selangor daripada PKR.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sehingga kini, PAS belum lagi berbincang secara khusus mengenai ‘perceraian’ dalam gabungan ketiga-tiga parti.

“Kita tunggu kata putus daripada Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya ringkas.

Pada Selasa lepas, DAP mengisytiharkan gabungan itu yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud susulan keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah ‘membunuh’ pakatan itu.

Akur dengan keputusan tersebut, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan semalam seolah-olah menyalahkan PAS sebagai punca pakatan pembangkang berpecah namun ingin teruskan kerjasama dengan kedua-dua parti. – BERNAMA

https://youtu.be/VxhXqbNVMB8

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd