• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Johor Tidak ‘Rasai’ Islam! – Pemuda PAS

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Kuala Selangor menganggap rakyat Johor adalah golongan yang gagal untuk `merasai’ gerakan Islam.

Ketuanya, Ahmad Hakimi Othman berkata, rakyat Johor gagal untuk merasai gerakan Islam yang dibawa oleh parti Islam iaitu PAS.

“Saat anak jati Johor menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Johor, tiba-tiba ada sebahagian mereka mendengar pula kritikan dan hinaan daripada anak jati Pulau Pinang.

“Sepatutnya, kita turut bangga, anak jati Johor, di tempat yang awal-awal mula Parti Islam bergerak di Muar, johor. Namun tidak dirasai oleh mereka di Johor hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kehadiran ramai peserta pada ‘himpunan jasamu dikenang’ di Muar pada 16 Jun lalu.

Perhimpunan itu menampilkan bekas pemimpin PAS yang berjaya disingkirkan oleh golongan ulama pada pemilihan PAS awal bulan ini termasuk Mohamad Sabu yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Mohamad Sabu dalam ucapannya membidas seorang pemimpin PAS Johor yang didakwanya tidak konsisten kerana memanggil DAP pengkhianat tetapi selepas pelantikannya mahu berkawan dengan DAP.

Walaupun Mohamad Sabu tidak menyebut namanya, namun ia dilihat merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Johor yang baru dilantik, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Ahmad Hakimi berkata, Mohamad Sabu dan bekas-bekas pemimpin PAS terbabit akan menemui jalan buntu lalu tersungkut tidak lama lagi kerana bongkak dan ego.

Katanya, PAS adalah sebuah parti rahmat daripada Allah S.W.T maka parti itu akan terus berkembang dengan fikrah asolah dan kebenaran. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd