• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Sehingga 4 Julai

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 4 Julai dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung yang masuk fasa ke-22 itu merangkumi enam daerah di kawasan pantai timur Sabah, melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan.

Beliau berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

“Pelanjutan perintah berkurung ini bagi memudahkan penguatkuasa memantau pergerakan bot yang menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, keputusan melanjutkan perintah berkurung itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Jalaluddin berkata kuasa telah diberi kepada semua Ketua Polis Daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan mendesak.- BERNAMA

Tags: Esszone
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd