• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Guna Pemain JDT” – TMJ Kepada Dollah

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) meminta jurulatih Harimau Malaya supaya tidak lagi memanggil pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, permintaan itu dibuat berikutan terdapat pihak sentiasa menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan mengalami kekalahan.

“Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal dari pasukan-pasukan lain,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan skuad Harimau Malaya mengalami igauan ngeri apabila dibelasah 6-0 oleh Palestin pada perlawanan Kumpulan A, kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Percaturan yang dirangka Ketua Jurulatih Kebangsaan, Dollah Salleh ternyata tidak menjadi untuk menyekat semangat luar biasa yang dimiliki pasukan dari negara bergolak itu.

Walaupun membariskan pemain muda serta baharu, anak buah AbdelNasser Barakat itu dilihat menguasai keseluruhan babak perlawanan, yang gagal disekat oleh barisan pemain Malaysia.

Berikutan itu ramai peminat bola sepak Malaysia menyalahkan JDT diatas kekalahan memalukan tersebut kerana ramai pemain Harimau Selatan diambil bermain untuk skuad negara oleh Dollah. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=ZyIcbAVnLHA

Tags: FAMHarimau MalayaJDTTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pengadil Antarabangsa Dedah Gol Kedua Al-Ahli Tidak Sah

Bekas Pengadil Antarabangsa Dedah Gol Kedua Al-Ahli Tidak Sah

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan pengadil mengesahkan gol kedua Al-Ahli Saudi FC menjadi perdebatan hangat selepas penganalisis pengadilan Al Jazeera, Saad...

Natxo Insa ‘Angkat Stretcher’ Demi Jairo

Natxo Insa ‘Angkat Stretcher’ Demi Jairo

18/04/2026
0

JEDDAH – Aksi dramatik mewarnai perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026 apabila kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd