ADIK bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak menafikan ura-ura mengatakan beliau berhasrat untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini.
“Ia tidak benar,” ringkas katanya memetik Malaysian Insider.
Memetik Malaysian Insider, Nazir mengakui pernah berbincang dengan beberapa orang mengenai penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tetapi ianya masih di peringkat sekadar lontaran dan perkongsian idea sahaja.
Menurut laporan portal terbabit, Nazir sudah pun mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan di Britain dan Kuala Lumpur untuk membincangkan penubuhan parti politik tidak berpihak selain sudah menemui Ketua Gerakan Kesederhaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi penaung parti tersebut.
Menerusi laporan The Star menyebut, walaupun dikatakan Saifuddin bakal meneraju parti itu namun disebabkan kekurangan mendapat sokongan, berkemungkinan besar Nazir akan dilantik untuk jawatan itu.
Usaha untuk mendapatkan jawapan balas daripada Nazir dan Saifuddin menemui jalan buntu apabila mereka tidak dapat dihubungi oleh pihak media. – MYNEWSHUB.CC
BACA JUGA: Saifuddin Turut Nafi Penubuhan Parti Baharu
Clarity Needed on 1MDB: CIMB’s Nazir
https://www.youtube.com/watch?v=WPJLw694BOw