• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80 Entiti, Individu Penerima Dana 1MDB Dikompaun

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 80 entiti dan individu telah disenaraikan sebagai penerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM420 juta akan dikompaun mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Individu yang menerima dana tersebut antaranya bekas Pengerusi CIMB Bank, Datuk Seri Mohd. Nazir Razak; Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, Nazir yang juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima dana tersebut sebanyak RM25.7 juta.

Jelasnya, setiap penerima dana tersebut telah menerima notis kompaun sebelum ini dan kehendaki memulangkan semula wang tersebut dalam tempoh dua minggu.

“Jumlah keseluruhan dana tersebut sebanyak RM420 juta. Daripada jumlah itu, kita mendapati penerima dana menerima wang sebanyak RM25 juta hingga RM34 juta.

“Syarikat Solar Shine Sdn. Bhd. disenaraikan sebagai entiti yang paling banyak menerima dana tersebut iaitu RM134 juta,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Menurutnya, penerima terlibat perlu membayar notis kompaun mengikut jumlah dana atau boleh mencecah 2.5 kali ganda jumlah yang diterima.

Tambahnya, SPRM telah membuka kertas siasatan kes tersebut dan diharap mereka yang menerima notis kompaun itu akan mengambil langkah serius untuk membayar jumlah yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tags: 1MDBAhmad MaslanNazir RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd