• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat: 28 Penduduk Dipindahkan Di Kota Belud

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hujan lebat yang turun semalamam menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Kota Belud malam tadi.

Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata seramai 28 orang dari Kampung Gunding dan Kampung Linau dipindahkan ke Dewan Tun Said Kota Belud berikutan air sungai berada di paras waspada iaitu 4.4 meter.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata sehingga pagi ini, pemantauan terus dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin berkata setakat pagi ini seramai 381 orang daripada 89 keluarga dari Kampung Kirambang/Kampung Liwagu telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Ranau.

“Penduduk dinasihatkan berpindah sementara waktu kerana dikhuatiri membahayakan keselamatan sekiranya masih tinggal di kawasan rumah mereka,” katanya.

Penduduk berhampiran empangan Kampung Kirambang/Kampung Liwagu juga dinasihatkan untuk berpindah buat sementara waktu ke Dewan Masyarakat Ranau memandangkan empangan berkenaan telah dipenuhi dengan kayu balak akibat bawaan banjir lumpur pada Isnin lalu.

Katanya, pihaknya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan nasihat itu kerana dikhuatiri air empangan akan melimpah ke kawasan berhampiran.

Pengarah Metereologi Sabah Abdul Malik Tusin berkata orang ramai dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi hujan lebat di sebelah petang dan malam yang dijangka berterusan sehingga Ahad.

“Manakala hujan sebelah pagi di kawasan pantai di barat Sabah dijangka sehingga Sabtu ini,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: banjir kilatSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd