• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Berpesta Gol Belasah Malaysia 6-0 Di Bukit Jalil

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya mengalami igauan ngeri apabila dibelasah 6-0 oleh Palestin pada perlawanan Kumpulan A, kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Percaturan yang dirangka ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh ternyata tidak menjadi untuk menyekat semangat luar biasa yang dimiliki pasukan dari negara bergolak itu.

Walaupun membariskan pemain muda serta baharu, anak buah AbdelNasser Barakat itu dilihat menguasai keseluruhan babak perlawanan, yang gagal disekat oleh barisan pemain Malaysia.

Palestin membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi rembatan Musab Battat dari luar kotak penalti selepas penjaga gol Malaysia Farizal Marlias berjaya menepis percubaan pertama pasukan pelawat itu.

Mohd Amri Yahyah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-23 dengan menguis bola ke gawang Palestin namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Tawfiq Abuhammad.

Kesilapan pemain pertahanan Muhammad Zubir Azmi dimanfaatkan sebaik mungkin Sameh Maraaba yang merembat leret bola hasil hantaran lintang Tamer Seyam untuk gol kedua pasukan pelawat.

Tamer yang berjaya mengelecek tiga pertahanan Harimau Malaya turut menghasilkan gol ketiga Palestin pada minit ke-41.

Empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, Muhammad Afiq hampir menjaringkan gol pertama tuan rumah namun tandukannya berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan.

Pemain-pemain Palestin meraikan kemenangan setelah pasukan mereka menjaringkan gol kedua ketika menentang Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
Pemain-pemain Palestin meraikan kemenangan setelah pasukan mereka menjaringkan gol kedua ketika menentang Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Bukit Jalil malam ini. – Foto BERNAMA

Ketinggalan 0-3 sebaik babak kedua bermula, Mahali Jasuli membuat umpanan cantik kepada Muhammad Afiq yang berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-55, namun beliau gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Malaysia turut memiliki peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-60 apabila mendapat tendangan percuma, bagaimanapun ketangkasan penjaga gol lawan menidakkan rembatan kencang Safiq Rahim.

Tersentak dengan itu, Palestin kembali menyerang dan berjaya menghasilkan gol keempat pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Khader Abuhammad sebelum Sameh sekali lagi menggegar gawang Malaysia pada minit ke-74.

Tuan rumah hampir mendapat gol sagu hati pada minit ke-84, namun Muhammad Afiq yang berada di hadapan pintu gol tergelincir mengakibatkan beliau gagal menyempurnakan hantaran lintang Mohd Amri.

Lima minit sebelum wisel penamat, pintu gol Harimau Malaya sekali lagi dibolosi apabila Tamer yang tidak dikawal barisan pertahanan Malaysia menjaringkan gol keenam.

Malaysia bakal berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Sept depan. – BERNAMA

https://youtu.be/XuW76uAtsEg

Tags: Piala Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd