• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Minta Anthony Loke Kembali Bertugas Sebagai Menteri Pengangkutan Secepat Mungkin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Minta Anthony Loke Kembali Bertugas Sebagai Menteri Pengangkutan Secepat Mungkin
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau mahu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kekal sebagai Menteri Pengangkutan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau sukar menerima hasrat Anthony Loke untuk meletakkan jawatan, meskipun Ahli Parlimen Seremban itu mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

“Saya faham, tetapi saya telah memberitahunya bahawa tiada alasan yang sepatutnya mengatasi tugas dan tanggungjawab kita untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Beliau kini sedang bercuti dan saya mahu memintanya kembali menjalankan tugas secepat mungkin,” katanya seperti dilaporkan sebuah media berbahasa Inggeris.

Pada 10 November lalu, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahanan rumah.

Anthony Loke sebelum ini menjelaskan bahawa peletakan jawatannya merupakan keputusan parti sebagai menyatakan pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Bagaimanapun, pada 25 November lalu, Anwar mengesahkan beliau masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke dan Ahli Parlimen Seremban itu masih dalam tempoh bercuti. – MYNEWSHUB

Tags: Anthony LokeanwarKembali BertugasMenteri PengangkutanMintaPMXSecepat Mungkin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Jangan Terlepas Peluang Kedua Bertemu Joseph Vijay – Ramasamy

PMX Anwar Jangan Terlepas Peluang Kedua Bertemu Joseph Vijay – Ramasamy

28/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya terlepas peluang kedua untuk bertemu Ketua Menteri Tamil Nadu,...

Rafizi Dakwa Anwar Berkempen Untuk Calon BERSATU Di DUN Sungai Udang

Rafizi Dakwa Anwar Berkempen Untuk Calon BERSATU Di DUN Sungai Udang

26/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.