KUALA LUMPUR – “Majoriti pengundi Melayu sudah membuat keputusan bahawa asalkan bukan Anwar dan DAP dan gelombang itu kuat”
Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata demikian dalam satu podcast dengan merujuk kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai perkembangan terkini.
“Pengundi Melayu nampaknya mereka dah buat keputusan apapun hujah, apapun tawaran, apapun alternatif yang ada baik (oleh) PH (Pakatan Harapan), baik BERSAMA kan.
“Majoriti pengundi Melayu membuat keputusan setakat ini dan yang terkini daripada Melaka bahawa asalkan bukan Anwar dan DAP,” katanya.
Rafizi berkata, beliau namun tidak melihat kebencian yang sama dalam kalangan pengundi Melayu terhadap BERSAMA seperti mana mereka membenci PH.
Menurutnya, pengundi Melayu ketika ini menganggap usaha menyingkirkan PH, Anwar dan DAP sebagai perjuangan mereka, manakala BERSAMA diminta mengetepikan dahulu pertembungan tersebut.
“Bagi mereka BERSAMA ini bukan pergaduhan engkau. Ini perjuangan kami menyingkirkan PH, Anwar dan DAP. Jadi tak apa kau (BERSAMA) duduk kat tepi dulu. Kita orang fokus yang ini.
“Bagi mereka buat masa sekarang kita nak singkirkan PH, Anwar and DAP dulu. Benda lain itu belakang kira. Bagi saya itu faktor yang paling besar,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Rakaman Podcast: Akaun Media Sosial Parti Bersama Malaysia

![[TIDAK RASMI] BN-PN Peroleh Majoriti 2/3 Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sembilan](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/08/IMG_20260801_191524-350x250.jpg)
