• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bakal Kuasai Negeri Sembilan 1 Ogos?

oleh Mynewshub
22/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Bakal Kuasai Negeri Sembilan 1 Ogos?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Kau jangan tak tahu boleh tahan ramai juga Melayu Negeri Sembilan masih sokong PH (Pakatan Harapan) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat)”

Demikian pandangan jujur seorang jurujual di DUN Bahau apabila ditanya kemungkinan Negeri Sembilan mengulangi kesepakatan rakyat Johor menyingkirkan PH.

Remy yang melabelkan dirinya ‘pengundi atas pagar’ malah percaya PH khususnya DAP akan dapat mempertahankan DUN yang disandang dengan sokongan pengundi Melayu.

“Orang Negeri Sembilan tak macam orang Johor. Aku rasa dekat sini peluang jadi macam Johor 50-50. Aku nak ‘explain’ lebih pun payah, tapi itulah suasananya kalau kau nak tahu.

“Melayu yang totok PKR tetap sokong PH. Jadi aku tak nampak Negeri Sembilan boleh jadi macam Johor. Aku rasa PH kekal berkuasa,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Ditanya faktor yang menyebabkan keadaan itu, beliau mengakui tidak dapat menghuraikan secara jelas kerana ia berdasarkan nalurinya yang banyak berinteraksi dengan masyarakat.

Penduduk DUN Sikamat, Abang Jo turut menyatakan pandangan hampir sama iaitu terdapat Melayu di Negeri Sembilan masih menyokong PH.

“Malam tadi (kelmarin) orang tempat aku ajak pergi ceramah PH. Aku kata malas, tapi diaorang bersungguh-sungguh memujuk.

“Dalam fikiran aku yang kau orang ini masih sokong PH dah kenapa? Banyak hal dah ni pun tak sedar kah?” katanya.

Bagi Abang Jo, PH turut berpeluang menang di Negeri Sembilan kerana undi Melayu dijangka berpecah antara PH, BN/PN dan parti Bersatu.

Selain itu, beliau turut berpandangan akan terdapat pengundi Melayu tidak keluar mengundi pada 1 Ogos ini sekiranya tiada calon Melayu di kawasan mereka.

“Macam kampung bini aku di Johor cuma dua calon daripada DAP (PH) dan MCA (BN), so ramai Melayu tak keluar mengundi konon hanya nak undi calon Melayu.

“Akhirnya calon DAP (PH) menang. Keadaan di Johor itu mungkin di kawasan isteri aku saja, tapi aku rasa di Negeri Sembilan banyak tempat macam itu,” katanya. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: 1 OgosBakal KuasaiBerpecahpakatan harapanPengundi MelayuPRN Negeri SembilanTiada Calon MelayuTidak Keluar Undi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

PRN Negeri Sembilan: Nga Kor Ming Kurang Menonjol?

PRN Negeri Sembilan: Nga Kor Ming Kurang Menonjol?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Beberapa watak besar Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini begitu lantang sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd