• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Ladang Babi Punca Ahli DAP Selangor Tidak Hadir Konvensyen – Ronnie Liu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Larangan Ladang Babi Punca Ahli DAP Selangor Tidak Hadir Konvensyen – Ronnie Liu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mengaitkan isu larangan penternakan babi di negeri itu dengan ketidakhadiran ahli DAP pada konvensyen tahunan parti berkenaan, Ahad lalu.

Menerusi hantaran di media sosial, Ronnie mengulas perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Sid yang mempersoalkan kehadiran ahli DAP pada Konvensyen DAP Selangor, 22 November lalu.

Beliau membangkitkan kemungkinan larangan penternakan babi menjadi faktor terbesar menyebabkan ahli parti itu tidak berminat menghadiri konvensyen berkenaan.

“Cuba teka apakah faktor terbesar yang mungkin menyebabkan ahli DAP Selangor tidak peduli untuk menghadiri konvensyen tahunan parti mereka pada Ahad? Larangan ladang babi di Selangor,” dakwanya.

Dakwa Ronnie Liu, isu berkenaan turut meninggalkan kesan negatif dan menimbulkan sentimen pahit dalam kalangan ahli akar umbi DAP.

Beliau mendakwa ahli akar umbi parti itu begitu kecewa sehingga tidak mengetahui bagaimana hendak berdepan dengan penyokong mereka.

“Mereka benar-benar kecewa. Mereka tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan penyokong mereka. Tidak mengapa jika anda tidak mempercayainya,” dakwanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan menegur tahap kehadiran perwakilan pada Konvensyen DAP Selangor selepas mendapati banyak kerusi kosong ketika beliau menyampaikan ucapan.

Bagaimanapun, dakwaan Ronnie Liu bahawa isu larangan penternakan babi menjadi faktor ketidakhadiran ahli DAP merupakan pandangan beliau sendiri. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew

Tags: Ahli DAP Selangorladang babilaranganpuncaRonnie liuTidak Hadir Konvensyen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindrom Tukar Pasangan Punca Wakil Rakyat Bisu Isu Rasuah – Lee Chean Chung

Sindrom Tukar Pasangan Punca Wakil Rakyat Bisu Isu Rasuah – Lee Chean Chung

05/11/2026
0

MELAKA - Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya yang kini menyertai Parti BERSAMA, Lee Chean Chung menyindir sikap segelintir wakil rakyat...

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa Kerajaan Madani mengeluarkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari Malaysia kerana mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.