• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Gesa Kerajaan Perjelas Asas Undang-Undang Premium KLSCAH RM1,000

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Peguam Gesa Kerajaan Perjelas Asas Undang-Undang Premium KLSCAH RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Isu pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) terus mengundang persoalan apabila Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tampil menggesa kerajaan memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan tersebut.

Premium bagi pembaharuan pajakan 99 tahun tapak itu sebelum ini dianggarkan RM4.67 juta, namun akhirnya ditetapkan pada kadar nominal RM1,000 sahaja.

Menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini, Zainul Rijal mempersoalkan betapa mudahnya pelepasan bernilai jutaan ringgit itu diluluskan.

“RM4.67 juta boleh menjadi RM1,000 sahaja. Begitu mudahkah kerajaan memberikan pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit?” katanya.

Menurut beliau, jika alasan yang diberikan ialah pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah, kerajaan perlu menerangkan dengan jelas asas undang-undang, kaedah penilaian dan justifikasi bagi pengurangan sebesar itu.

Beliau turut menegaskan bahawa hasil tanah melibatkan kepentingan awam dan bukan milik mutlak mana-mana pihak.

“Wang jutaan ringgit bukan wang milik mana-mana pemimpin untuk diberikan sesuka hati,” katanya.

Zainul Rijal juga membangkitkan persoalan sama ada pertubuhan atau institusi lain yang memiliki bangunan berstatus warisan akan menerima layanan dan kelonggaran yang sama pada masa hadapan.

Sekiranya dasar itu terpakai kepada semua, katanya, kerajaan wajar mengumumkan kriteria kelayakan secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan.

“Jika tidak, apakah yang menjadikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor begitu istimewa? Jangan sampai dasar kerajaan dilihat mengamalkan dua darjat.

“Ketelusan tidak boleh menjadi pilihan, apatah lagi apabila melibatkan hasil tanah dan kepentingan awam,” tambahnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan premium nominal itu diluluskan kerana status tanah KLSCAH telah ditukar daripada komersial kepada institusi, sekali gus tidak boleh lagi dibangunkan untuk projek seperti kondominium atau pusat beli-belah.

Bangunan bersejarah itu telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada awal 2007, manakala jumlah keseluruhan bayaran mengikut notis tanah ialah RM5,011 termasuk sewa tanah tahun pertama dan caj pentadbiran.

Isu ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk ahli politik, ahli akademik dan pertubuhan yang rata-rata menuntut ketelusan kriteria serta formula penilaian yang digunakan. – MYNEWSHUB

Tags: KLSCAH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Setiausaha DAPSY Bidas Akmal, Tegaskan Premium Tanah KLSCAH Bukan Soal Nilai Tanah Tetapi Kegunaannya

Setiausaha DAPSY Bidas Akmal, Tegaskan Premium Tanah KLSCAH Bukan Soal Nilai Tanah Tetapi Kegunaannya

17/11/2026
0

Setiausaha DAPSY Bidas Akmal, Tegaskan Premium Tanah KLSCAH Bukan Soal Nilai Tanah Tetapi Kegunaanny   Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR –...

KLSCAH Cadang Tempoh Kempen Dilanjut 3 Minggu

KLSCAH Cadang Tempoh Kempen Dilanjut 3 Minggu

11/10/2022
0

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh berkempen PRU15 kepada tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd