JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-70, hari ini.
Majlis tersebut berlangsung di Dewan Sultan Iskandar UTM.
Menurut hantaran di akaun media sosial YAM Che’ Puan Besar Khaleeda, keberangkatan kedua-dua kerabat diraja itu adalah bersempena majlis konvokesyen berkenaan.
Pada majlis tersebut, Raja Permaisuri Agong selaku Tuanku Canselor UTM berkenan menyempurnakan Pengurniaan Gelaran Profesor Emeritus, Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan Penyampaian Hadiah Akademik kepada para penerima yang diraikan pada majlis berkenaan. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial YAM Che’ Puan Besar Khaleeda


