KUALA LUMPUR – Penceramah agama, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan seorang pemimpin pemuda sebuah parti politik yang meminta orang ramai menghormati konsert yang disifatkan sebagai luahan seni.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau secara terbuka mengecam pendirian berkenaan dengan menggunakan bahasa yang keras.
“Pemuda harbi cakap hormat konsert luahan seni. Luahan seni kepala bapak kau! Itu konsert puja syaitan.
“Ke kamu jenis macam tu jugak? Ni lah bahaya bila harbi berkuasa. Haramkan tangan kita undi depa,” katanya.
Kenyataan itu memperlihatkan bantahan keras Ridhuan Tee terhadap konsert berkenaan, selain mempertikaikan pendirian pihak yang mempertahankannya atas alasan kebebasan berkarya dan ekspresi seni.
Bagaimanapun, hantaran ringkas beliau itu tidak memperincikan identiti pemimpin pemuda yang dimaksudkan atau konsert yang dimaksudkan. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah


