• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli politik, Nazrul Nazir mempersoalkan sama ada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu tidak mengetahui kerajaan Madani sedang menggubal undang-undang berkaitan tahanan rumah.

Menerusi hantaran di media sosial, Nazrul turut mempersoalkan sama ada pegawai Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberikan nasihat kepadanya sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

“Takkan Mohamad Sabu tak tahu yang kerajaan MADANI bawah KDN Saifuddin Nasution Ismail tengah dalam proses gubal Akta Tahanan Rumah & Pemulihan Komuniti?

“Pegawai-pegawai dia tak advise ke sebelum keluar kenyataan ni? Atau cheap political move?” soalnya.

Kenyataan Nazrul itu dipercayai merujuk gesaan Mohamad supaya diwujudkan mekanisme perundangan bagi membolehkan banduan menjalani separuh hukuman di penjara dan selebihnya melalui tahanan rumah.

Mohamad turut mengumumkan akan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri berjumlah RM11,900 sebulan, berkuat kuasa serta-merta sehingga Parlimen penggal ini dibubarkan bagi membiayai usaha tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan Kabinet memberikan persetujuan dasar untuk memulakan proses penggubalan Rang Undang-Undang Tahanan Rumah. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nazrul Nazir

Tags: ahli politikDatuk Seri Mohamad Sabu kerajaan Madanimenggubal undang-undangNazrul NazirPresiden Parti Amanah Negara (Amanah)tahanan rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan kebimbangan pengurangan hukuman, pembayaran...

Tahanan Rumah Najib Dipasang Kawat Duri, Lampu Sorot, Pengawal Bersenjata Tidak Masuk Akal

Tahanan Rumah Najib Dipasang Kawat Duri, Lampu Sorot, Pengawal Bersenjata Tidak Masuk Akal

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan cadangan rumah Datuk Seri Najib Razak dipasang kawat duri, lampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd