KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkongsi perkembangan mengenai keutamaan Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2027 dalam Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan 2026.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau memaklumkan fokus utama yang diketengahkan adalah penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Kuala Lumpur.
“DAP FT Convention 2026 : I shared updates on DBKL’s 2027 budget priorities, focusing on improving basic infrastructure across Kuala Lumpur,” katanya dalam hantaran menggunakan bahasa Inggeris.
Dalam gambar yang dimuat naik bersama hantaran itu, kelihatan para perwakilan DAP di dalam dewan bertepuk tangan ketika sesi perkongsian tentang Bajet DBKL 2027 itu berlangsung.
Bagaimanapun, Hannah tidak memperincikan projek infrastruktur yang akan diberikan keutamaan atau jumlah peruntukan yang dicadangkan dalam perkongsian berkenaan. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hannah Yeoh


