• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Anwar Ibrahim Ditetap 14 Julai

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes saman fitnahbekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator, Datuk S Nallakaruppan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin, mewakili Anwar dan peguam Sarah Abishegam bagi pihak Nallakaruppan.

Shahid Adli memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah mengemukakan rayuan pada 10 Jun lalu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mohd Zaki yang membenarkan permohonan Nallakaruppan untuk menyoal balas berkaitan sabitan lampau Anwar.

Pada 15 Mei lalu, peguam Latheefa Koya membuat bantahan terhadap soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan berhubung penghakiman bertulis dalam kes liwat I yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyatakan bahawa Anwar mempunyai kecenderungan homoseksual.

Turut dibantah ialah soalan dalam sabitan kes liwat II terhadap pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, pada 26 Jun 2008 dan dihukum penjara selama lima tahun pada 10 Februari lalu.

Anwar, 68, memfailkan saman pada 25 Ogos 2008, berhubung kenyataan Nallakaruppan (bekas Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum), yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk ‘Anwar terima RM60 juta’, yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian. – BERNAMA

 

Tags: Anwar Ibrahimsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd