• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mempunyai pilihan kecuali meletakkan jawatan seperti dijanjikan susulan pembayaran denda RM50 juta bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalani tahanan di rumah.

Rafizi turut menyalahkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkembangan itu yang menurutnya membuktikan formula kerjasama politik dalam Kerajaan Madani tidak lagi berfungsi.

“Hari ini, dengan berita Datuk Seri Najib Razak telah membayar RM50 juta untuk membolehkan beliau menjalani tahanan di rumah, Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak ada pilihan kecuali meletakkan jawatan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, perkembangan berkenaan berlaku ketika negara berada di bawah pentadbiran Anwar yang sebelum ini sering menekankan keupayaannya menyatukan pemimpin daripada pelbagai latar belakang politik.

“Semua ini berlaku di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar selaku Perdana Menteri, walaupun beliau sering berucap mengenai kemampuan beliau membawa kawan dan lawan untuk duduk semeja,” katanya.

Beliau berpandangan kerjasama antara parti politik yang sebelum ini bermusuhan untuk membentuk Kerajaan Madani kini berdepan kegagalan.

“Jelas bahawa formula kerjasama di antara parti-parti yang bermusuhan duduk bersama membentuk Kerajaan MADANI tidak lagi berfungsi,” katanya.

Pada 29 September lalu, Anthony mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Anwar, namun diminta meneruskan tugas buat sementara waktu.

Anthony Loke sebelum ini menyatakan peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah. – MYNEWSHUB

Tags: Anthony LokeKepimpinan Anwarletak jawatanRafiziSalahkanTiada Pilihan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Umum Letak Jawatan Kali Kedua, Berkuat Kuasa Apabila Najib Tiba Di Rumah

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Umum Letak Jawatan Kali Kedua, Berkuat Kuasa Apabila Najib Tiba Di Rumah

06/11/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Rafizi Gesa Anwar Buang BN Dari Kerajaan Persekutuan, Pecat Menteri UMNO

Rafizi Gesa Anwar Buang BN Dari Kerajaan Persekutuan, Pecat Menteri UMNO

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan semua menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd