• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) memberi ruang kepada individu yang terlibat dengan kekeliruan atau penyelewengan akidah untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam hantaran media sosial memaklumkan, pelaksanaan majlis itu merupakan sebahagian usaha berterusan memelihara kesucian akidah umat Islam.

Menurut JAIS, majlis anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan semalam membabitkan tiga individu berusia antara 19 hingga 52 tahun.

Mereka ialah Aliff Daniel Adli, ibunya Rohizayanti Ramli dan adiknya Nur Ranea Ezreen Adli.

Ketiga-tiganya membuat pengisytiharan serta ikrar taubat secara terbuka di hadapan Mufti Selangor, Datuk Seri Dr. Anhar Opir; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini dan Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS, Dr. Khadijah Khambali.

Majlis itu turut disaksikan Pengerusi MAIS, Senator Salehuddin Saidin dan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad serta wakil institusi agama negeri.

JAIS menjelaskan, pelaksanaan Istitabah mencerminkan pendekatan institusi agama yang bukan sekadar menekankan penguatkuasaan, sebaliknya turut memberikan perhatian terhadap pendidikan, penerangan, bimbingan, nasihat dan pemulihan akidah.

Pendekatan itu penting bagi memastikan individu yang insaf serta mengakui kesilapan diberikan peluang memperbetulkan pegangan dan kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Sementara itu, MAIS akan terus memperkukuh kerjasama dengan JAIS, Jabatan Mufti Selangor serta agensi berkaitan bagi memastikan usaha penyelidikan, pendidikan, penguatkuasaan dan pemulihan dilaksanakan secara bersepadu berlandaskan hukum syarak serta undang-undang berkuat kuasa. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi

Tags: Ajaran Islam SebenarAliff DanielBeri RuangindividuJAISkembaliMAJLISPengisytiharantaubatTerpesong Akidah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) membabitkan Aliff Daniel Adli dan dua ahli...

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

03/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar sebuah premis penyembelihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd