• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memupuk nilai adab dan akhlak dalam kalangan anak-anak di sekolah supaya mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut memiliki keperibadian mulia.

Menurutnya, pendidikan tidak seharusnya hanya melahirkan individu yang pintar dan menguasai ilmu, tetapi akhirnya menggunakan kepandaian untuk melakukan penipuan serta penyelewengan seperti yang terjadi dalam isu 1MDB, Tabung Haji dan FELDA.

“Jangan pintar, pandai menguasai ilmu. Pandai ‘accounting’. Lagi pandai, lagi kuat menipu. Kalau kita lihat, rupanya skandal-skandal besar yang kita hadapi dalam negara kita.

“Dari 1MDB kepada Tabung Haji kepada FELDA, itu semua bukan dilakukan oleh orang yang tidak ada pendidikan. Orang berilmu, orang yang pintar. Tetapi orang yang rendah akal budi dan nilai mereka,” katanya ketika berucap pada satu majlis semalam.

Anwar berkata, kejadian buli, penderaan dan penghinaan sesama pelajar yang masih berlaku menunjukkan pendidikan belum berjaya membentuk akhlak serta adab sebagaimana diharapkan.

“Dia nak jadi pintar, tapi perangai macam haiwan. Menghina orang, memperbodohkan orang, menghina satu sama lain, menjadikan teman-temannya itu sebagai perkakas untuk dipermainkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Pendidikan telah diarahkan supaya mengambil tindakan keras dan tegas, manakala guru serta pendidik perlu memainkan peranan melindungi dan membimbing anak-anak.

Mengulas skandal kewangan negara, Anwar mengecam perbuatan menyeleweng kekayaan sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit, namun masih terdapat pihak yang mempertahankan perbuatan berkenaan.

Tegasnya, anak-anak mesti diselamatkan daripada keruntuhan nilai dengan memastikan pendidikan memberi penekanan seimbang terhadap ilmu pengetahuan, adab dan akhlak.

“Bukan sekadar itu, dipertahankan lagi. Sudah rugi berbilion (ringgit), himpun sana-sini. Gondol kekayaan untuk dua tiga kerat orang,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video Ucapan: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: AkhlakanwarKepentinganLagi Kuat MenipuLagi PandaiPMX
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu mengulangi budaya pentadbiran terdahulu yang menghukum rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd